Wednesday, August 20, 2008

Prawn Noodle



I was expecting my friend to return back from Malaysia. I dream that they had 'Mi Udang' at some restaurant or 'warung'. A delicious one I have to say. The thought of mi udang lingered in my mind for a few days. So I decided to cook this to get it out of my system!! hehehe.... Malaysiaku ...Malaysiaku... When thinking about mi udang, I could taste it in my mouth.. on my tongue.. and in my dream... drooling and probably homesick too... but after having this prawn noodle, my homesickness was cured miraculously..alhamdulillah. For those friends who are abroad and homesick, try this...it may cheer you up. That will last for a few days at least , insyaAllah... hehehe... This recipe was from Cik Mat Gebu. Thanks a million CMG. It was a true traditional remedy for homesick.

Below are the copy paste recipe from CMG's blog. Sorry Pak Cik Mat panjang sangat tak larat nak translate...hehehe... halal ye.. I made 1/4 from the recipe... More than enough for both of us..

Har Mee @ Mee Udang @ Prawn Noodles

Bahan Untuk Stok Udang:-
  • 1 kg udang sederhana besar, kupas kulit dan buang urat belakang udang, asingkan kulitnya
  • 1 batang saleri, potong besar2
  • 1 batang lobak merah, potong besar2
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan Untuk Kuah:-
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 biji bawang besar*
  • 5 biji bawang merah kecil*(*dikisar halus)
  • 20 g gula batu
  • 2 kiub pati ikan bilis "MAGGI"
  • Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Sambal:-
  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 - 3 camca besar kicap cair
  • 2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar gula
  • Minyak utk menumis

Bahan Lain:-
  • Mee kuning dan Mee hoon secukupnya
  • 4 - 5 biji telur rebus, belah 2 setiap biji
  • Taugeh, dicelur
  • Kangkung, dicelur
  • Hirisan daun sup/bawang
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK STOK UDANG:- Kulit udang dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan kulit udang dan kacau goreng hingga bertukar warna. Tuang 4 - 5 liter air dan masukkan saleri, bawang besar dan lobak merah. Renih 1 - 1 1/2 jam dengan api perlahan. Cedok keluar buih2 yang timbul untuk mendapatkan stok udang yang jernih. Kemudian tapis stok tadi, kisar kulit udang bersama saleri, bawang besar dan lobak merah hingga halus. Tapis dan ketepikan jusnya.
  2. UNTUK KUAH:- Udang yang telah dibuang urat belakang tadi, dicuci bersih dan gaul dgn sedikit garam. Goreng dalam minyak hingga udang bertukar warna, angkat dan toskan (ketepikan untuk diguna kemudian). Tuang lebih kurang 1/2 cawan minyak gorengan udang tadi dalam periuk dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng 2 - 3 minit, masukkan bawang besar dan bawang merah kecil yang dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak. Tuang stok udang dan jusnya tadi. Gaul hingga sebati. Masukkan kiub ikan bilis MAGGI dan gula batu, biar mendidih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (jika suka).
  3. UNTUL SAMBAL:- Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga pecah minyak. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Masak sambal hingga garing dan terbit minyak.
  4. PENYEDIAAN HAR MEE:- Celur mee hoon hingga lembut, begitu juga mee kuning. Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan sedikit mee hoon dan mee kuning, tabur taugeh, dan kangkung. Tuang kuah hingga hampir memenuhi mangkuk, hias dengan telur rebus, udang goreng, hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Sudukan sambal ke dalam mee sebagai penambah selera....Mintak ampoonnn sedap diaa!!!!
So Yummy!

3 comments:

Kak Lin said...

Assalamualaikum Ain...Apa Khabar? Sedappppnya....Mee Udang....Nak Sikit Boleh? Hehehehe

Ain Berada Di Mana Yer? Kak Lin Dah Lama Tak Masak....Makan Angin Jer...Ahakss

ain said...

Waalaikumsalam kak lin. Alhamdulillah sihat. Boleh, nak makan mailah... Rasanya kak Lin punye mee udang lagi sedap kut.. Ain kat ireland. Wah.. gi makan angin mana kak Lin?

ekantona said...

ain, i copypaste the mee udang rcp. nampak sedaaaapppp sgt!
insyaAllah nanti try.