Tuesday, November 17, 2009

Average UK mum relies on 9 recipes to feed family

The average British mother relies on just nine different meals to feed her family, a study has found.

Food product company Merchant Gourmet polled 4,000 Britons to discover that hectic lifestyles, fussy children and partners who work long hours mean mothers are stuck in a rut when it comes to experimenting in the kitchen.

Nine in 10 mothers polled admitted cooking the same meals over and over again while one in four made the same meals on the same day of the week.

The most common meal was spaghetti Bolognese followed by roast dinners, a shepherd's or cottage pie and a pasta dish.

"It's not surprising, given the demands of modern family life, that home cooks revert back to the recipes they know and love," a spokesman for Merchant Gourmet said in a statement.

"People are put off experimenting with new meals and ingredients as they're convinced it will be time-consuming or expensive.

The study also highlighted the rise of the fussy family.

"A massive 81 percent of respondents claimed they have to make two or more meals every night and 23 percent said they would stick to the same meals because their children are fussy eaters," the spokesman said.

The survey also found that dinner time takes the average mother 35 minutes from start to finish, and four in 10 mothers play safe by choosing meals they know their family like.

Over a third do not want to waste money by cooking something the kids turn their noses up at, and 44 percent don't have the time to experiment.

But two-thirds feel guilty that they don't make the time.

The survey also revealed that food enjoyment was the most important factor for 30 percent of modern mothers and fathers when choosing what to cook, followed by taste (24 percent), whilst health was third (23 percent).

Over half (55 percent) cook at least two meals to keep the whole family happy, with eight in 10 enjoying a sit-down with their other half later in the evening.

The research found that the average mother has eight cookery books in the house, but has attempted just five recipes.

Of the cooks questioned, 39 percent also found that at least half of the recipes they try from these books do not turn out as expected.

And two-thirds have at least four books that have never seen the light of day.

Three in 10 have the likes of Nigella Lawson and Delia Smith on their shelves just to impress visitors, and a third will only attempt a new dish at a dinner party.

However, three-quarters blame celebrity chefs' recipes for being too complicated, with too many expensive or hard-to-find ingredients.

Top nine meals relied upon by UK mums

1. Spaghetti Bolognese

2. Roast dinner

3. Shepherds Pie/Cottage Pie

4. Pasta dish

5. Meat and two veg

6. Pizza

7. Casserole/stew

8. Sausages and chips/mash

9. Indian/Curry

this news was taken from uk.news.yahoo.com

Sekadar ingin membuka mata para isteri, ibu-ibu dan girls out there... something that we should think and look at ourselves. Ask yourself, am I one of them?

Sunday, October 18, 2009

Salam semua...

Sedih... sedih... sedih...

Baru semalam ada kawan dari malaysia datang ke rumah sorang kawan di sini, duk cerita pasal ada kawan2 depa baru umur 37 tahun sudah kena buat heart bypass, malah pagi tadi hubby duk sembang2 (by phone) dgn ayah dan abg pasal masalah ni juga. Abang crite kawan dia umur dalam lingkungan sama juga tiba2 kena heart attack terus meninggal di tempat kerja.

Tup-tup bila buka utusan malaysia on9 kejap td, terus tertarik dgn topik 'senyum kambing' hari ni....

Rakyat Malaysia terlebih gemuk - bahana nasi lemak, roti canai dan teh tarik? Ada betul ke? Kena tanya diri masing-masing.
You are what you eat!

Macam mana ni... rata-rata orang Malaysia sekarang dah tidak mengambil berat tentang masalah berat badan mereka? Bukan nak cakap orang, cakap untuk diri sendiri juga ni! Menulis untuk nak peringat diri sendiri.

Mentaliti dan paradigma masyarakat kena berubah, hidup bukannya untuk makan, tepuk dada tanya iman! Allah sendiri melarang manusia dari menzalimi diri sendiri. Tapi kita kini tak pernah fikir yang kita duk menzalimi diri sendiri dari segi tabiat pemakanan kita.

Macam mana yang dikatakan menzalimi diri dari segi tabiat pemakanan tu?

Ia terjadi bila mana kita makan makanan yang tidak berkhasiat dan yang boleh menjejaskan kesihatan contohnya makanan yang berlemak, berkolesterol tinggi, berminyak, tinggi kandungan gula dan garam dan macam2 lagi.... Bila tengok pada Piramid Makanan, rasanya semua orang dah selalu sangat dah tengok, dari kecik sampai ke tua dah, semua orang tahu pasal Piramid Makanan, tapi malangnya kita tak berapa nak ambil peduli.

Allah anugerahkan kita akal untuk berfikir dengan sebijak2nya. Maka, bijak-bijaklah memilih makanan. Ubah gizi pemakanan kita dan makanlah makanan yang seimbang selain bergerak aktif dalam aktiviti fizikal.

Selain dari pemakanan yang kita perlu jaga, kita juga kena aktif dalam aktiviti fizikal, iaitu bersenam. Selalu sangat dengar orang kata 'berpeluh tu tanda sihat'... Ye lah tapi peluh yang macamna tu? Adakah peluh tu keluar sebab keadaan cuaca yang panas, atau makan makanan yang panas atau pedas, atau peluh keluar disebabkan oleh aktiviti fizikal yang dilakukan. Kalau peluh tu keluar dari aktiviti fizikal yang dilakukan, maka sihatlah orang tersebut, tapi yang lain-lain tu takde kena mengena pun dengan faktor kesihatan seseorang.

Memetik ayat Tun Dr M dari Utusan Malaysia on9 hari ini:
"Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.

"Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu, " katanya.

Ha, tu dia....Kesian kan.... Mari kita tolong diri kita untuk jadi lebih sihat dan lebih aktif. Saya sokong dengan kempen 'Walk-a-Mile (WAM)' yang dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia, dan dirasmikan pada hari ini bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2009, iaitu pada hari ini, 18 Oktober. Objektif program adalah untuk mengajak orang ramai berjalan kaki sekurang-kurangnya 1 kilometer setiap hari dalam rangka untuk menjadikan amalan berjalan ini suatu riadah rutin kepada masyarakat Malaysia dan bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Semoga kempen ini mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyayangi diri anda.


Meh kita kenal dengan jantung kita: Fakta jantung ni amik kat website IJN (www.ijn.com.my).

Berat jantung adalah antara 350 gram hingga 450 gram bagi orang dewasa.

Jantung mengepam sekitar 80 cc darah bagi setiap degupan. Degupan jantung adalah antara 70 denyutan setiap minit, dan dalam satu hari jantung akan mengepam 8 ribu liter darah ke seluruh tubuh.

Jantung bekerja secara automatic melalui kumpulan sel yang istimewa, jantung mempunyai perentak jantung yang natural yang akan mengawal denyutan jantung.

Beberapa sel otot yang istimewa bertindak sebagai jalur seperti sirkuit elektrik.

Signal daripada perentak jantung dialirkan ke otot jantung secara teratur.

Injap jantung memisahkan berbagai laluan dan pembuluh darah yang besar. Dia bertindak seperti "pintu" yang membantu darah untuk mengalir hanya ke satu arah. Terdapat empat injap dalam organ jantung yang normal.

Arteri koronari adalah pembuluh darah yang istimewa yang menjalar di permukaan jantung. Arteri ini menyediakan darah yang kaya akan nutrien kepada otot jantung yang bekerja keras. Penyempitan atau halangan pada arteri ini akan menyebabkan serangan jantung dan penyakit arteri koronari.

Faktor-faktor utama yang menjadi risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari adalah:

  • Merokok
  • Tahap kolesterol yang tinggi
  • Darah tinggi
  • Diabetes mellitus (kencing manis)
  • Keturunan

Senaman meningkatkan permintaan sistem pengaliran darah membuat jantung bekerja lebih efisyen. Adalah disarankan untuk berjalan, berjogging ringan, berenang atau berbasikal selama 30 hingga 40 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Penyakit jantung mungkin tidak boleh didiagnosis pada peringkat awal. Oleh itu, amat penting untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian stress secara rutin, terutamanya jika anda berumur lebih daripada 45 tahun.

Cara hidup yang sihat amat penting dalam penjagaan kesihatan. Adalah penting untuk melakukan senaman yang rutin, menjaga berat badan, mengamalkan diet baik dan seimbang serta mengurangkan stress

Zaman recession ni, kena fikir banyak... kata ayahanda 'it is cheaper to be healthy rather than to be sick'. Kasut jogging and stoking tak semahal kos perbelanjaan perubatan/pembedahan ditambah lagi kos-kos tambahan yang lain (keluarga yg dtg ziarah hari2 di hospital, yang terpaksa stay kat hotel)... tambah lagi kalau dah sakit dan tak dapat nak bekerja, siapa nak tanggung kos sara hidup (terutama bagi yang dah berkeluarga)? Fikirlah sedara sedari sekelian...

Jadi secara kesimpulannya, jagalah kesihatan diri kita, jaga pemakanan dan bersenam, ingatlah pepatah 'lebih baik mencegah daripada mengubati'.

Yok, kita berjalan....

Thursday, October 1, 2009



Salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah nak sampai ke pertengahan Syawal kan. Masih dalam mood raya lagi ke? Samalah dengan kami di sini. Walaupun beraya di perantauan, tapi rasanya beraya di perantauan ni lagi meriah dan sakan dari beraya di Malaysia (walaupun takdelah bunyi mercun dan bunga api) , open house boleh kata hampir tiap2 hari. Busy sekarang ni dgn open houses. InsyaAllah will update soon.

Dah puasa 6 belum? Selamat Berpuasa Syawal dan Salam Aidilfitri buat semua.

Friday, August 28, 2009

TAZKIRAH RAMADAN
Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN?

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La ‘al lakum tat takuun” maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, dihafal dan diingati kalimah ini “La ‘al lakum tat takuun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tat takuun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah
dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Doa yang paling utama di malam Qadar

Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan
akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? Walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan. Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali, sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiviti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).
Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati.

Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam di dalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Di tempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila di luar memakai pakaian putih bersih maka di dalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya)

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun di bulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang
dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya. Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi di dunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, di dunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta di malam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini, mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung di antara langit dan bumi, di antara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia. Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.

Penutup

Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.

Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yang setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..

Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.

Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tazkirah ramadan ini ditulis semula daripada rakaman tazkirah Ramadan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada hari Khamis 12 Ramadan 1427H bersamaan 5 Oktober 2006. Mungkin terdapat kesilapan dalam penulisan semula ini bagaimanapun sila mendengar rakaman asal untuk yang asli. Untuk mendengar rakaman audio Tazkirah ini silalah lawat laman web
Darussyifa’ di http://www.darussyifa.org/

Ramadhan Kareem

Thursday, August 27, 2009

Day 5 Paradise is a Place on Earth (Heart Wheel Journal) by Muhammad Al Shareef



Day 6 Hellfire(Heart Wheel Journal) by Muhammad Al Shareef




Day 7 Someone's Watching Me(Heart Wheel Journal) by Muhammad Al Shareef




Ramadhan Kareem.

Wednesday, August 26, 2009

Assalamualaikum...

How're you? How's your Ramadhan?

Did you plan your Ramadhan this time? Do you have your Ramadhan's goal lists? If you have, that's good, you've done a very good job to make such a self- improvement of yourselves. For you who still don't, come let see if this can change your mind or not, because you're still not too late.

About a week ago, I received an e-mail from a friend told about this 'Heart Wheel Journal'. So, what's Heart Wheel Journal? The Heart Wheel Journal is like a planner that you do each day during Ramadhan to help centre and focus yourself for His pleasure while improving your iman, character and good deeds. It is a 30-day guide for an outstanding Ramadhan by Muhammed al-Shareef complete with heart food, daily planner, salah tracker, heart wheel and salah concentration tips.


Taken from the Heart Wheel Journal book:
The Qur’an guides us to the specific ingredients of a pure heart. The Heart Wheel Journal allows you to focus on eight slices of your heart, which were extracted directly from the Qur’an and Sunnah. If completed correctly, one should be able to see a graphic representation of how rich his/her own heart is. This measurement is a gift of self consciousness. You will learn where your heart is at now, and what it will take to grow your heart to the closer levels of righteousness to Allah (swt).

Anyway, found this verse from the famous author's blog, Sis Zabrina. She wrote, Will Rogers once said, Plans get you into things, but you got to work your way out.

We're all always in need of self improvement, and even more during the time of Ramadhan. It may works in different ways for different people, so, if you feel this journal will somewhat benefit you, don't waste your time, use it. But, if it's not for you then seek other ways which you can reflect and maximize your time in order to gain His pleasure. Please don't let this Ramadhan slip by without having improved your character even if a little and keep repenting from The Most High





Ramadhan Kareem.

Monday, August 24, 2009

Assalamualaikum. ..

Sekadar perkongsian dari Dr. Aidh Abdullah Al Qarni (Berteduhlah di Taman Hati). Juga penulis buku La Tahzan (Jangan Bersedih/Don't Be Sad) dan banyak lagi.

Selamat datang Ramadhan.
Bulan taubat dan keredhaan.
Bulan perbaikan dan iman.
Bulan sadhaqah dan ihsan.
Bulan pengampunan dari Ar-Rahman.
Bulan berhiasnya janaan (syurga).
Bulan dibelenggunya syaitan.
Di dalamnya berhembus ruh, kerana dialah bulan kemenangan.
Selamat orang yang berpuasa di dalamnya.
Meninggalkan makan dan minum.
Bergembiralah orang yang menghidupkan malamnya.
Dan mengikuti imam solatnya.

Tidakkah datang waktunya untuk para pelaku maksiat untuk berenang-renang di sungai Ramadhan ?

Belumkah tiba saatnya bagi mereka untuk membersihkan jasad dari dosa.
Mencuci hati dari keharaman yang menempel dalam hati.

Tidakkah tiba waktunya bagi orang yang selama ini menolak kebenaran, untuk masuk ke pintu-pintu orang berpuasa ?

Menghadap kepada Rabb alam semesta.
Untuk mendapat keredhaan pada kedudukan yang terpecaya.

Sesungguhnya Ramadhan adalah kesempatan usia yang mahal.
Musim dagangan yang tinggi keuntungannya.
Hari yang diagungkannya berbagai kebaikan.
Waktu dihapuskannya segala keburukan.
Saat dihilangkan berbagai kesalahan.

Mari lepaskan pakaian kemaksiatan di bulan Ramadhan.
Maka Allah akan mengenakan pakaian hamba-Nya dengan pakaian keredhaan.
Allah akan memberikan kebaikan untuknya dengan taubat yang bisa menghapus dosa yang telah lalu.

Puasa jiwa di bulan Ramadhan adalah pagar dari penyimpangan, keberpalingan dan keberlebihan.
Jiwa ini ingin kembali.
Hati ini juga ingin merasakan kekhusyu'annya.
Tubuh sudah sangat menghendaki untuk tunduk.
Dan mata sangat senang dengan mengeluarkan air mata.

Salam untuk mereka yang berpuasa, di saat duduk di waktu sahur.
Mengulang-ulang istighfar, mengeluarkan air mata penyesalan.

Salam untuk mereka saat terbitnya fajar dan tetap tamak terhadap ganjaran Allah swt.
Engkau lihat mereka begitu khusyu' dalam solat mereka dan begitu tunduk kepada Allah swt.

Salam untuk mereka saat datangnya waktu berbuka.
Mereka duduk di hadapan hidangan Tuhan Yang Maha Pengampun.
Memohon pahala atas apa yang mereka lakukan sepanjang siang....

By :
Free Blog Templates