Assalamualaikum wrt wbt...
Salam Ramadhan buat kawan2 yg mengenali dan para pengunjung blog ini. Semoga berada dalam kemantapan iman dan kemanisan amal.
Masih teringat lagi kita akan hari2 terakhir pada bulan Ramadhan tahun lepas, bagaimana detik2 waktu itu berlalu... bagaimana barakahnya Ramadhan yg kita rasai tahun lepas dan bagaimana kemanisan beribadah yg kita nikmati dan bagaimana perbezaan diri yg berlaku selepas keluar dari Ramadhan tahun lepas.
Dan kini, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT yg telah memilih kita dan memanjangkan umur kita untuk sampai kepada bulan Ramadhan pada tahun ini bagi merebut ganjaran pahala yg berlipat kali ganda dlm setiap amal kebajikan yg kita lakukan serta berpeluang untuk mendapatkan keampunan atas dosa2 kita yg telah lakukan.
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan, dan berkira2(memperhatikan amalnya) maka diampunkan untuknya segala dosanya yg telah lalu" (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nasai, Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad)
Kita bergembira menyambut bulan Ramadhan kerana inilah bulan yg menjadi madrasah bagi membina sifat Ihsan. Kita beribadah kerana kita merasai pemantauan Allah, walaupun hakikatnya kita menyedari akan pemantauanNya. Perasaan inilah yg kita hajatkan utk dibawa dlm kehidupan kita selepas keluar dari Ramadhan nanti. Kesentiasaan sedar bahawa Dia memerhati dan mengetahui segala-galanya... setiap daun yg berguguran, setiap rintikan air hujan, setiap denyut nadi kita... hinggalah kepada setiap lintasan hati yg kita sangka kita sahaja yg tahu. Sebenarnya segala-galanya berada di dlm pengawasanNya.
Ramadhan bulan ibadah. Intipati di dalam bulan Ramadhan adalah ibadah puasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam. Puasa adalah ibadah yg berasaskan kepada 'meninggalkan sesuatu' bukan ibadah yg berasaskan 'melakukan sesuatu'. Sebagaimana yg kita ketahui, dalam Rukun Islam kita diwajibkan utk mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji (bagi yg mampu), dalam ertikata lain bermaksud kita perlu melaksanakan sesuatu amal/pekerjaan. Tetapi dlm ibadah puasa kita diwajibkan utk meninggalkan perkara2 yg boleh membatalkan puasa dan segala maksiat selama sebulan.
Sesungguhnya ibadah yg berkonsepkan meninggalkan sesuatu adalah lebih susah daripada ibadah yg berkonsepkan melaksanakan sesuatu. Lihatlah sirah manusia pertama yg diciptakan Allah. Nabi Allah Adam alaihissalam dan isterinya Hawa yang telah dikurniakan segala kenikmatan yg tidak dapat digambarkan di syurga, buah-buahan, minuman, makanan yg lazat dan macam2 lagi tetapi mereka hanya diperintahkan utk tidak mendekati sepohon pokok dan tidak memakan buahnya. Namun, mereka tergelincir kerana mengikutkan kemahuan hawa nafsu dan tergoda dgn hasutan iblis yg akhirnya menyebabkn mereka terkeluar dari syurga dan segala kenikmatan di dalamnya. Dan sepertimana yg kita ketahui kita semua berada di atas muka bumi hari ni adalah kerana kesilapan mereka, yang 'tidak meninggalkan' pohon itu.
Dalam Deen Islam, ada perkara yg merupakan perintah atau kewajipan untuk melakukannya dan ada juga perkara2 yg merupakan larangan untuk meninggalkan sesuatu perkara. Namun ibadah yg berbentuk 'meninggalkan' bukanlah sesuatu yg mudah untuk dilaksanakan. Contohnya; susah untuk tidak terlibat dengan riba sedangkan sistem di sekeliling kita terlibat dengan riba, susah untuk menutup aurat jika sekeliling kita tidak menutup aurat, susah untuk tidak mengumpat jika sekeliling kita mengumpat. Kita lihatlah fenomena anak luar nikah yg semakin berleluasa di tanah air kita. Semua ini kerana, tidak meninggalkan/menjauhi larangan Allah contohnya tidak menjauhi zina, tidak meninggalkan perkara2 maksiat, tidak menutup aurat dengan sempurna dan lain2 lagi.. Sebab itulah ganjaran yg besar diperolehi bagi mereka yg bersusah2 untuk melaksanakan ibadah atau amal kebajikan dan meninggalkan segala larangan Allah.
Allah telah menjanjikan, mereka yg berjaya menjaga puasanya serta mengisinya dengan amal2 soleh akan memperolehi 'taqwa'.
"Wahai orang yg beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas manusia sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (surah al-baqarah: ayat 183).
Taqwa inilah yg mendekatkan diri kita dengan Allah dan syurgaNya.
Semoga Allah mengizinkan kita untuk terus berubudiyyah kepadaNya sambil mencari bekalan bagi menempuh 11 bulan yg mendatang, insyaAllah.
Akhir kata, marilah kita bersungguh2 melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadhan kali ini dalam rangka menjadi hamba Allah, bukannya hamba Ramadhan. Semoga dengannya kita akan menjadi individu baru yg mendapat ganjaran taqwa dan memperoleh keampunan atas dosa2 yg terdahulu, insyaAllah.
Ramadhan Kareem... 1433AH
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment