Berikut adalah tag yang telah di'copy' and 'paste' from blog kak Kin ke sini.. Harap kak Kin berpuas hati, insyaAllah.
Tajuk: Usrah yang lazat, lemak berkrim
[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
K Kin ~ secara tak sedarnya, masa sekolah sejak form 1, tp, masa duk asrama je la... time sekolah 5 thn...on and off duk kat asrama, jadi usrah pun on and off gak la :). Yg secara sedarnya, sejak matrik, so, lebih kurang 12 thn la, bermula dr matrik...
Ain-> Baru je selepas berkahwin dan berada di Ireland, dalam 2 tahun setengah...
[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
K Kin~ Ina ni jr kat sek dulu... dia 5 thn duk kat asrama, tu la, agaknya,sbb kat asrama wajib kot... :). masa matrik, alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg sealiran jiwanya, yg rajin promote usrah kat kita :). seterusnya, aktiviti usrah berterusan sampai sekrg, walaupun tidak la sekomited macam masa student dulu2 :).
Ain-> Diperkenalkan oleh kak aniza dan kak azizah. Usrah pertama yang diikuti (Usrah Sahibah), masa tu di Clonskeagh.
[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
K Kin ~ Atas kesedaran untuk memperbaiki diri, dan sedar diri ini perlukan sahabat2 yg baik di sekeliling...
Ain-> Ingin berada di dalam Majlis Ilmu yang penuh rahmah dan barakah.
[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
K Kin ~ Syukur, seronok berukhwah, berharap org lain juga punya perasaan yg sama.
Ain-> 1. Semakin kuat rasa cinta kepada Allah.
2. Semakin kuat rasa kasih kepada Rasulullah s.a.w.
3. Semakin kuat rasa sayang kepada suami, ibu bapa, sedara mara dan orang Mukmin.
[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
K Kin ~ Merasai manisnya bersahabat, menyelami hakikat perjuangan, menerokai ilmu baru, ingat memperingati sesama ahli dan melatih membentuk kepimpinan dalam diri.
Ain-> 1. Ilmu dan kefahaman Deen
2. Ukhuwwah dan silaturrahim
3. Matlamat hidup di dunia sebagai bekalan untuk di akhirat
4. Mensucikan hati dan memperbaiki akhlak
5. Mengingati diri sendiri; yang sentiasa lalai dan leka dengan bisikan syaitan.
Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain
Maaf kak Kin, saya tidak mahu meng'tag' sesiapa. Kasihan mereka...hehehe..
1 comment:
bagus...cepat beno siap..hehhehe..
Post a Comment