Monday, March 23, 2009

Pizza

Selepas 'tanning'...

Sebelum 'tanning'...

Yummy!

Salam...

Buat pizza ni jamu kawan2 yang datang rumah for dinner last week... Seronok tengok diorang makan... habis semua alhamdulillah. Resepi doh pizza guna resepi dalam entry yang lepas, resepi Soft Crust Pizza from k Jo. Memang sedap. From the recipe dapat 2 biji pizza saiz besar 12 inci. For the sauce, I used ready made Tomato Pasta Sauce with mushrooms.. For topping letak salami, potong nipis2, tomatoes, peppers, mushrooms, cheese... anyway, topping ni ikut y'all nye kesukaan... Here the recipe, c/p from my last entry...

Bahan-bahan untuk Doh Pizza:
  • 450gm tepung gandum
  • 280 ml air suam
  • 1 packet yeast
  • 1 sudu besar rata gula
  • 1 sudu besar rata garam
  • 1 ulas bawang putih tumbuk/sagat
  • 1 sudu besar olive oil atau minyak masak
Cara-cara:
  • Bancuh air, yeast dan gula biarkan selama 5 minit hingga berbuih.
  • Masukkan bahan2 lain dalam breadmaker.
  • Switch on machine pilih "doh only" program.
  • Sambil tuang bancuhan air yeast dan minyak... kalau lembik tambah tepung sikit.. tunggu process siap, doh akan naik 2 kali ganda.
  • Panaskan oven to max.220degC. Panaskan pizza pan juga.
  • Taburkan meja dengan 3 sudu besar tepung, ratakan. Tuangkan doh yg dah siap. Bentuk 3 biji bulat sama size. Tambah lagi tepung jika perlu. (doh ni lembik, melekat kat tangan).
  • Bila pizza pan dah panas, keluarkan. Taburkan 1 sb tepung atas pizza pan. Ambil satu biji doh, tekan nipis dgn tangan , angkat atas pizza pan yang ditabur tepung tadi. Nipiskan dan ratakan lagi. Cucuk dengan fork. Letak tomato sos, pizza topping cheese etc.
  • Bakar api 220deg 10-15min.. (Suhu oven ikut oven masing2 ye, bila cheese dah nampak brown and roti pun masak, bolehlah keluarkan dan hidang)
Enjoy!

No comments: