Wednesday, October 8, 2008

Eid Mubarak 2008

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Taqabbalallahuminkum...minna waminkum..taqabbal ya kareem.
Di hari dan bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadratNya atas segala rahmat, rezeki dan ni'mat yang dikurniakanNya kepada kita, keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Semoga segala ibadah dan amalan yang kita lakukan di terimaNya. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga dan sahabat handai yang jauh di mata tapi dekat di hati. Tidak lupa buat rakan-rakan bloggers yang sentiasa berkunjung ke sini. Semoga Ramadhan yang berlalu membawa perubahan diri yang bermakna kepada kita semua di dunia dan di akhirat.. ameen. Marilah kita cantikkan lagi Ramadhan yang berlalu dengan menyusuli berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal. Kepada yang telah ber'cuti am' di Ramadhan yang berlalu.. gantilah awal2 ye.. heheh.. Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan kami... Maaf Zahir Batin.

2 comments:

akakerin said...

Assalamualaikum Ain!
pertama sekali kak erin nak ucapkan selamat hariraya Aidilfitri utk. ain & suami.kak erin selalu jenguk blog ain tapi tak dak apa2 cerita yang baru.
risau jugak kak erin ingat ain tak sihat! raya pi mana? banyak ka buat biskut raya? nanti update lah selalu ok!
ok ain, selamat hariraya, maaf zahir dan batin dari kak erin sekeluarga

ain & yusri said...

Waalaikumsalam..
Terima kasih atas ingatan Kak Erin buat ain dan suami di sini. Alhamdulillah, kami berdua sihat2 saje.. cume busy sikit, sblm raya..sibuk buat kuih raya tempahan kawan2..lepas raya, sibuk entertain kawan2 yang datang beraya.. raya pi beraya rumah kawan2 je.. InsyaAllah nanti dah lapang2 nanti ain update lagi ye... Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Erin dari ain dan suami. Maaf Zahir Batin.