Saturday, April 10, 2010

"Dia adalah bahagian dari diriku dan aku adalah bahagian dari dirinya"

Terasa hiba di hati ini mengenangkan sabda Rasulullah SAW setelah mendapati Julaibib RA syahid di kelilingi 7 mayat. Baginda mengusap debu2 tanah dari wajah syahid Julaibib RA dan menciumnya sambil menangis dan bersabda:

انت منى وانا منك

"engkau adalah bagian dariku dan aku adalah bagian darimu" (HR Muslim dan Ahmad)

begitulah kasihnya Rasulullah kepada Julaibib dan begitu istimewa dan masyurnya Julaibib di langit sehingga Rasulullah bersabda sedemikian rupa. Siapakah Julaibib ini yang begitu dikasihi Rasululullah dan penduduk langit... masyaAllah. Mari kita meniti seerah Julaibib RA.

Julaibib, itulah nama yang biasa dipanggil oleh kerana ciri fizikalnya yang kerdil. Nama ini, tentu bukan dia sendiri yang menghendakinya. Tidak pula orang tuanya. Julaibib hadir ke dunia tanpa mengetahui siapa ayah dan bonda nya. Demikian pula, semua orang yakni masyarakat sekelililng ketika itu, semuanya tidak mengenali atau mengetahui, atau tidak mahu mengetahui tentang nasab Julaibib. Bagi masyarakat arab ketika itu, tidak bernasab dan tidak bersuku adalah satu kecacatan sosial.

Julaibib hidup tersisih. Hidup sehariannya bertambah sulit disebabkan oleh fizikalnya yang pendek, berwajah jelek (hodoh) dan berkulit hitam sehingga menyebabkan masyarakat tidak mahu dekat dengannya. Pakaiannya lusuh, kakinya pecah2 kerana tidak beralas. Tidak ada rumah untuk berteduh. Tidur sembarangan berbantalkan tangan, berkasutkan pasir dan kerikil. Minum hanya dari kolam umum yang diceduk dengan tangkupan telapak tangan.

Pernah sekali Abu Barzah, pemimpin Bani Aslam, sampai2 berkata tentang Julaibib, "Jangan pernah biarkan Julaibib masuk di antara kalian! Demi Allah jika dia berani begitu, aku akan melakukan hal yang mnegerikan padanya!"

Demikianlah Julaibib.

Namun, jika Allah berkehendak menurunkan rahmatNya, tiada satu makhluk pun yang boleh menghalangiNya. Julaibib menerima hidayah, dan menjadilah dia salah seorang yang sentiasa di shaf paling hadapan dalam solatnya mahupun jihadnya. Walaupun hampir semua orang tetap memperlakukannya seolah2 dia tiada, namun tidak bagi Rasululullah SAW.

Julaibib yang tinggal di shuffah Masjid Nabawi, suatu hari ditegur oleh Rasululullah SAW. "Julaibib", begitu lembut baginda memanggil. "Tidakkan engkau menikah?"

"Siapakah orangnya Ya Rasululullah", kata Julaibib, "yang mahu menikahkan puterinya dengan diriku ini?". Julaibib menjawab dengan tetap tersenyum. Tidak ada kesan menyesali diri atau menyalahkan takdir pada kata2nya mahupun air mukanya.

Rasululullah juga tersenyum. Mungkin memang tidak ada ornag tua yang berkenan pada Julaibib. Namun, pada hari berikutnya, ketika Baginda bertemu dengan Julaibib, Rasululullah menanyakan hal yang sama. "Julaibib, tidakkah engkau menikah?". Dan Julaibib menjawab dengan jawapan yang sama. Begitu, begitu, begitu selama 3 kali dan tiga hari berturut2.

Seterusnya, pada hari ketiga itulah, Rasulullah menggamit lengan Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Ansar. "Aku ingin", kata Rasulullah pada pemimpin Ansar itu "menikahkan puteri kalian".

"Betapa insahnya dan barakahnya", begitulah si ayah menjawab dengan wajah berseri2, mengira bahawa Rasululullah calon menantunya. "Ooh... Ya Rasulullah, ini sungguh akan menjdai cahaya yang menyingkirkan kegelapan di rumah kami"

"Tetapi bukan untukku", kata Rasululullah, "ku pinang puteri kalian untuk Julaibib"

"Julaibib?" nyaris terpekik ayah si gadis.

"Ya, untuk Julaibib"

"Ya Rasulullah" terdengar helaan nafas yang berat. "Saya harus meminta pertimbangan isteri saya tentang hal ini"

"Dengan Julaibib?", isterinya berkata, "Mana boleh? Julaibib berwajah hodoh, tidak bernasab, tidak berkabilah, tidak berpangkat dan tidak berharta. Demi Allah tidak. Tidak akan pernah puteri kita menikah dengan Julaibib".

Tidak lama kemudian, dari sebalik tirai, anak gadis mereka berkata, "Siapa yang meminta?"
Si ayah dan ibunya menjelaskan.

"Apakah kalian hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirim aku padanya. Dan demi Allah, kerana Rasululullah yang meminta, maka tiada akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagiku." Lalu, si gadis yang solehah membacakan ayat ini:

"Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" (Surah al-ahzab:36)

Seterusnya, Baginda dengan tertunduk mendoakan untuk si gadis yang solehah, "Ya Allah, limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Engkau jadikan hidupnya payah dan bermasalah.."

Akhirnya mereka hidup bahagia... walaupun dikurniaakan isteri yang solehah dan bertaqwa, namun kebersamaan mereka tidaklah terlalu lama, kerana panggilan jihad dan akhirnya Julaibib syahid dalam peperangan tersebut.

Saat syahid, Rasulullah begitu terasa kehilangannya. Di akhir pertempuran, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Apakah kalian kehilangan sesiapa?... namun tiada nama Julaibib disebut. Rasulullah bertanya lagi... kali ini wajahnya merah... dan begitulah para sahabt tidak menyebut nama Julaibib.

Rasulullah menghela nafasnya dan berkata "Tetapi aku merasa kehilangan Julaibib!"

Para sahabat tersedar akhirnya.

"Carilah Julaibib!" baginda berkata.

Akhirnya, baginda menemui Julaibib yang terbunuh dalam keadaan tertutup pasir, lalu Baginda membersihkan pasir dari wajahnya dan bersabda sambil menitiskan air mata "Ternyata engkau telah membunuh tujuh orang musuh, kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku termasuk golonganmu; Engkau termasuk golonganku dan aku termasuk golonganmu; Engkau termasuk golonganku dan aku termasuk golonganmu."

Demikianlah kisah seerah Julaibib RA yang kita boleh ambil iktibar. Walaupun Julaibib tidak dikenali di kalangan penghuni bumi (dunia) namun di penghujung hidupnya Allah menganugerahkan kebahagian dan kedamaian dalam hidupnya. Kurniaan Allah kepadanya berupa satu hadiah dan kehormatan yang dianugerahkanNya kepada Julaibib sehingga dia menjadi mashyur di kalangan penduduk langit. Tidakkah kita ingin menjadi seperti Julaibib?

wallahua'lam...

1 comment:

fakir said...

salam..mintak kbnran tk copy dis entry..