Sedih... sedih... sedih...
Baru semalam ada kawan dari malaysia datang ke rumah sorang kawan di sini, duk cerita pasal ada kawan2 depa baru umur 37 tahun sudah kena buat heart bypass, malah pagi tadi hubby duk sembang2 (by phone) dgn ayah dan abg pasal masalah ni juga. Abang crite kawan dia umur dalam lingkungan sama juga tiba2 kena heart attack terus meninggal di tempat kerja.
Tup-tup bila buka utusan malaysia on9 kejap td, terus tertarik dgn topik 'senyum kambing' hari ni....
Rakyat Malaysia terlebih gemuk - bahana nasi lemak, roti canai dan teh tarik? Ada betul ke? Kena tanya diri masing-masing. You are what you eat!
Macam mana ni... rata-rata orang Malaysia sekarang dah tidak mengambil berat tentang masalah berat badan mereka? Bukan nak cakap orang, cakap untuk diri sendiri juga ni! Menulis untuk nak peringat diri sendiri.
Mentaliti dan paradigma masyarakat kena berubah, hidup bukannya untuk makan, tepuk dada tanya iman! Allah sendiri melarang manusia dari menzalimi diri sendiri. Tapi kita kini tak pernah fikir yang kita duk menzalimi diri sendiri dari segi tabiat pemakanan kita.
Macam mana yang dikatakan menzalimi diri dari segi tabiat pemakanan tu?
Ia terjadi bila mana kita makan makanan yang tidak berkhasiat dan yang boleh menjejaskan kesihatan contohnya makanan yang berlemak, berkolesterol tinggi, berminyak, tinggi kandungan gula dan garam dan macam2 lagi.... Bila tengok pada Piramid Makanan, rasanya semua orang dah selalu sangat dah tengok, dari kecik sampai ke tua dah, semua orang tahu pasal Piramid Makanan, tapi malangnya kita tak berapa nak ambil peduli.
Allah anugerahkan kita akal untuk berfikir dengan sebijak2nya. Maka, bijak-bijaklah memilih makanan. Ubah gizi pemakanan kita dan makanlah makanan yang seimbang selain bergerak aktif dalam aktiviti fizikal.
Selain dari pemakanan yang kita perlu jaga, kita juga kena aktif dalam aktiviti fizikal, iaitu bersenam. Selalu sangat dengar orang kata 'berpeluh tu tanda sihat'... Ye lah tapi peluh yang macamna tu? Adakah peluh tu keluar sebab keadaan cuaca yang panas, atau makan makanan yang panas atau pedas, atau peluh keluar disebabkan oleh aktiviti fizikal yang dilakukan. Kalau peluh tu keluar dari aktiviti fizikal yang dilakukan, maka sihatlah orang tersebut, tapi yang lain-lain tu takde kena mengena pun dengan faktor kesihatan seseorang.
Memetik ayat Tun Dr M dari Utusan Malaysia on9 hari ini:
"Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.
"Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu, " katanya.
Ha, tu dia....Kesian kan.... Mari kita tolong diri kita untuk jadi lebih sihat dan lebih aktif. Saya sokong dengan kempen 'Walk-a-Mile (WAM)' yang dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia, dan dirasmikan pada hari ini bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2009, iaitu pada hari ini, 18 Oktober. Objektif program adalah untuk mengajak orang ramai berjalan kaki sekurang-kurangnya 1 kilometer setiap hari dalam rangka untuk menjadikan amalan berjalan ini suatu riadah rutin kepada masyarakat Malaysia dan bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Semoga kempen ini mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyayangi diri anda.
Meh kita kenal dengan jantung kita: Fakta jantung ni amik kat website IJN (www.ijn.com.my).
Berat jantung adalah antara 350 gram hingga 450 gram bagi orang dewasa.
Jantung mengepam sekitar 80 cc darah bagi setiap degupan. Degupan jantung adalah antara 70 denyutan setiap minit, dan dalam satu hari jantung akan mengepam 8 ribu liter darah ke seluruh tubuh.
Jantung bekerja secara automatic melalui kumpulan sel yang istimewa, jantung mempunyai perentak jantung yang natural yang akan mengawal denyutan jantung.
Beberapa sel otot yang istimewa bertindak sebagai jalur seperti sirkuit elektrik.
Signal daripada perentak jantung dialirkan ke otot jantung secara teratur.
Injap jantung memisahkan berbagai laluan dan pembuluh darah yang besar. Dia bertindak seperti "pintu" yang membantu darah untuk mengalir hanya ke satu arah. Terdapat empat injap dalam organ jantung yang normal.
Arteri koronari adalah pembuluh darah yang istimewa yang menjalar di permukaan jantung. Arteri ini menyediakan darah yang kaya akan nutrien kepada otot jantung yang bekerja keras. Penyempitan atau halangan pada arteri ini akan menyebabkan serangan jantung dan penyakit arteri koronari.
Faktor-faktor utama yang menjadi risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari adalah:
- Merokok
- Tahap kolesterol yang tinggi
- Darah tinggi
- Diabetes mellitus (kencing manis)
- Keturunan
Senaman meningkatkan permintaan sistem pengaliran darah membuat jantung bekerja lebih efisyen. Adalah disarankan untuk berjalan, berjogging ringan, berenang atau berbasikal selama 30 hingga 40 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Penyakit jantung mungkin tidak boleh didiagnosis pada peringkat awal. Oleh itu, amat penting untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian stress secara rutin, terutamanya jika anda berumur lebih daripada 45 tahun.
Cara hidup yang sihat amat penting dalam penjagaan kesihatan. Adalah penting untuk melakukan senaman yang rutin, menjaga berat badan, mengamalkan diet baik dan seimbang serta mengurangkan stressZaman recession ni, kena fikir banyak... kata ayahanda 'it is cheaper to be healthy rather than to be sick'. Kasut jogging and stoking tak semahal kos perbelanjaan perubatan/pembedahan ditambah lagi kos-kos tambahan yang lain (keluarga yg dtg ziarah hari2 di hospital, yang terpaksa stay kat hotel)... tambah lagi kalau dah sakit dan tak dapat nak bekerja, siapa nak tanggung kos sara hidup (terutama bagi yang dah berkeluarga)? Fikirlah sedara sedari sekelian...
Jadi secara kesimpulannya, jagalah kesihatan diri kita, jaga pemakanan dan bersenam, ingatlah pepatah 'lebih baik mencegah daripada mengubati'.
2 comments:
salam...
saya adre buat komik indie pasal gejala sosial..
3m/s
saya tak tau nak publish kat mana
n saya mau kongsi benda ni
boleh bc kat blog saya
cheritapenglipurlara.blogspot.com....
kalu mau copy pun tak perr
hmmm betul jugak emm... selalunya xkawal diet n xbersenamlah..tu yg jadi kurang sihat tu..badan pun xcantik...huhu..
masalahnye malas nak g jogging or bsenam, padahal senang aje...
makan plak, nasi lemak tu mmg nombor satu lah...
so, dptlah satu motivasi kat sini.. chayyok!
ok, salam ingatan dari Mas Dubai ;-)
Post a Comment