Wednesday, August 19, 2009

Potatoes Spring Rolls

Dah banyak kali buat popia kentang ni, memang sedap. Kalau ikut my hubby dia lagi suka letak sayur sikit (carrot, cabbage, spring onion) dalam inti kentang tu; kami dah buat memang terbukti lagi sedap (sebab kami berdua memang peminat sayur ^_^).

I took the recipe from Rinn Chan's fp, but the recipe came from MummyJam. Anyway, thanks a million to both of you. Btw, if you want to see the step by step for this recipe, don't hesitate to click this link; Rinn Chan's fp. Below is the copied recipe from Mrs Rinn's fp.

POPIA KENTANG
Sumber : MummyJam

Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.


Enjoy!
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

No comments: